KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM UTeM 2010



Program Karnival Penghayatan Islam(KPI) merupakan manifestasi antara Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dengan organisasi lain yang mempunyai pelbagai latar belakang di UTeM. KPI merupakan program yang julung kalinya diadakan di UTeM. Program ini telah berjaya dianjurkan oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkemuka di Malaysia seperti Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Malaya(UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Program KPI yang akan dijalankan ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh HEPA sempena sambutan 10 tahun UTeM dan dijalinkan bersama sambutan Pesta KONVO . Secara tidak langsung KPI ini akan menjadi satu trademark kepada Pesta KONVO yang akan dijalankan setiap tahun. Program ini bakal memberi impak yang positif dan produktif kepada semua warga UTeM berdasarkan ukuran kejayaan oleh USM sebagai Universiti APEX apabila menjadikan KPI sebagai acara tahunan mereka sehingga kali ke-12 pada tahun ini. Bagi menyahut seruan murni kerajaan dalam melahirkan modal insan yang kompeten, UTeM telah mengambil inisiatif untuk meganjurkan KPI kali ini bagi mencapai objektif dan implikasi yang holistik dan efektif.