Selamat Tinggal KPI !!

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.
Salam ramadhan al-Mubarak.

Sedar tak sedar, dah seminggu Karnival Penghayatan Islam meninggalkan kita. Kini, Ramadhan menjelang lagi. Bermula daripada pelancaran KPI di Mydin (seiring dengan pelancaran Pesta Konvo UTeM), karnival ini telah berlangsung selama seminggu suntuk; sebelum melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu( 8 Ogos 2010) melalui acara Jelajah Pencarian Mutiara.

Karnival ini yang merupakan anjuran julung kalinya di universiti telah menggabungkan pelbagai kelab dalam universiti. Antaranya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Badan Dakwah & Rohani (BADAR), Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR), Kelab Nasyid UTeM dan Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi (JAKSIS). Karnival ini turut mencatat sejarah apabila turut melibatkan bantuan daripada pihak luar misalnya Rumahku Syurgaku (RKSK).

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, samada secara langsung ataupun tidak langsung. Terima kasih khususnya kepada pihak pengurusan universiti yang tidak lekang memberikan sokongan. Tahniah juga diucapkan kepada barisan AJK yang sudi mengorbankan masa, minda & tenaga demi memastikan karnival ini mengecap kejayaan yang dicita. Tidak dilupakan juga kepada warga universiti, iaitu para mahasiswa khususnya yang memberikan sokongan melalui penyertaan dalam setiap pertandingan yang dianjurkan. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.

Akhir kalam, semoga event yang menampilkan ciri-ciri Islamik sebegini dapat dianjurkan pada masa akan datang dengan lebih giat lagi. Seruan dakwah haruslah ditonjolkan di tengah masyarakat kampus secara lebih komprehensif. Mudah-mudahan ia menjadi wasilah dalam membawa manusia kembali kepada Allah & Rasul. Renungkanlah firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 104:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung."

Mungkin untuk penganjuran akan datang, barisan AJK akan menggabungkan pihak@kelab yang lebih banyak, lantas membolehkan penganjuran acara yang lebih baik. Kami daripada barisan AJK KPI yang pertama berharap, semoga KPI ini bakal memberi nafas baru kepada semua acara akan datang di universiti. Mudah-mudahan ia menjadi contoh bahawa sebenarnya Islam sebenarnya tunjang kepada apa juapun program yang bakal dianjurkan.
"Bukan gempak yang kami sasarkan, tapi impak yang kami dambakan"

Wallahu'alam.